Kampung Pulau, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Jadi inilah posting kedua aku, Aku nak kongsikan sedikit sebanyak memori aku masa zaman kecik2 dulu.

Sebenarnya aku ni dari kecik aku membesar dekat sebuah kampung. Kampung ini dinamakan Kampung Pulau. Dulu kampung ni sungguh besar dekat kawasan Bayan Baru dan Sg Ara tapi masa aku membesar tu tinggal seciput je tanah kampung itu iaitu di tengah2 Bandar Bayan Baru Pulau Pinang.


Jadi ini lah gambar yang terbaru tempat  kampung ini. Tahun 2019


Ini pula gambar kampung ini pada tahun 2001.

Jadi aku nak cerita sedikit sebanyak tentang Kampung ni. Sebab aku sedar dekat google tak ada langsung bukti kewujudan kampung ini kecuali hanya pada Google Earth ni je. Yang ada gambar dia.

Rumah aku dekat sini adalah terletak berdekatan dengan kedai makan di bersebelahan rumah panjang dan tapak bazar ramadhan Bayan Baru tu.

Rumah aku merupakan rumah batu dan kayu.. Hahaha.. Boleh kot bayangkan.. Merupakan rumah dua tingkat. Ada loteng. Maaf lah aku tak ada langsung gambar rumah tu.. Rasa nyesal gak sebab tak pernah amik gambar rumah tu.

So Kampung Pulau ni seingat aku ada kawasan rumah melayu, kawasan rumah cina, kawasan rumah india. Macam rumah panjang tu dekat area Giant tu dulunya kawasan perumahan orang India. Dan dekat kawasan depan dengan masjid tu. Rumah panjang tu kawasan cina.

Tapi yang betul2 kampung tu memang kawasan rumah aku tu.. Kawasan Melayu ada banyak rumah orang melayu . Haih kalaulah aku ni pandai melukis peta. dan ada juga kawasan rumah cina.

Berdekatan kawasan kampung ini ada Hospital Pantai, Hotel Seri Malaysia, Masjid Bayan Baru, Tapak Bazar Ramadhan.

Dalam kampung ini ada rumah2 penduduk di sana. Di hadapan rumah aku ada dua kedai makan. Iaitu Kedai Makan Pak Tam & Kedai Makan Pokok Ceri.

Ada Kandang Lembu, kambing.. Ada tempat jual pasir. Ada kawasan padang lembu..

Jalan nak masuk kampung ni terletak betul2 hujung kampung ni iaitu dekat simpang empat dekat dengan traffic light ke Sunway Tunas tu..

Malangnya kawasan ini tidak selamanya dihuni oleh penduduk asalnya. Apabila tanah ini telah dijual kepada pemaju untuk dimajukan.

Penduduknya banyak yang telah diberi pampasan dan diberi rumah oleh Koperasi Tunas Muda..

Sedikit info tentang Koperasi ini.. Koperasi ini ditubuhkan untuk menjaga kebajikan ahlinya. Arwah tok aku pernah cerita yang dulu kawasan kampung pulau tu kepunyaan seorang orang Inggeris.. Kawasan tu memang dulu sangat dijaga. Tapi ada masa bila tanah kawasan kampung tu nak dijual kepada orang. Penduduk disitu bersatu hati dengan menubuhkan koperasi untuk membeli tanah kawasan itu.

Jadi ini sahaja sedikit info tentang Kampung Pulau Hujung, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

InsyaAllah nanti aku cerita lagi.




Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman MUET 2019 & Panduan MUET

Childhood Memories Part A