Pengalaman MUET 2019 & Panduan MUET



MUET 2019

Hai !! Dulu masa 2019 aku amik muet sesi 1.. Sesi pertama bagi tahun 2019. So aku akan amik masa awal semester 4. Kira2 masuk sem 4 dlm mnggu kedua tu dh kena pergi untuk speaking test. Aku asalnya nak daftar dekat Tapah atau Kampar je. Tapi biasalah full. Masa tu pula first time UiTM Tapah dh tak dijadikan pusat untuk ambik MUET atas Faktor tk ada tempat yang sesuai. Jadi setiap pelajar UiTM kena amik MUET dekat Pusat Peperiksaan dekat luar. Jadi aku pun daftar dekat Gopeng. SMK Seri Teja. Aku dah berpakat dengan ramai2 kawan aku untuk ambik dekat sana. Dan ramai juga budak UITM Tapah yang amik dkt situ juga. Aku ada terfikir nak amik dkt Penang tak. Sebab ramai kawan2 batch aku juga yang amik dekat berdekatan dengan rumah mereka. Tapi bila fikir balik dengan kos nak balik rumah lagi, Sebabnya takkan kot aku nak balik rumah kalau speaking test aku hari Rabu. Tiba2 kena rushing balik Penang. Memang tak lah, Jadi aku pun amik dekat SMK Seri Teja Gopeng.
  1. 1.     Sebab aku amik Sesi 1?

Sebabnya masa tu aku fikir sesi 1 sahaja yang paling selamat dan cepat dapat result muet walaupun awal sem. Aku tak risau pasal tu. Aku lebih risau Sesi 2 dia jatuh masa final exam week Sem 4. Dan Sesi 3 dia jatuh masa awal Sem 5 tapi memang tak sempat lah nak dapat result muet untuk isi penerapan untuk masuk Degree UiTM dari Diploma. Sebab penerapan kena isi masa pertengahan sem 5. Aku buat keputusan dengan kawan2 aku nak amik sesi 1. Walau bagaimanapun masa nak isi penerapan nanti boleh je biar kosong dkt result muet tu. So nanti bila dh dpt penerapan kena lah bawa result muet tu bgi dkt HEA.
  1. 2.     Kena attend bengkel MUET ke?

Bagi aku depend pada individu sebab nak kena bayar RM50 lagi untuk Bengkel Tu.. Bayangkanlah nak ambik muet saja dah RM100 lebih ini dengan bengkel lagi bertambah lagi RM100. Dan RM160 dah. So masa tu aku still gi Bengkel ni. Aku bayar dan attend. Dapatlah contoh2 soalan pastu diorg bincang cara nak menjawab bagai ni.
  1. 3.     Bila dapat tahu result MUET?

Selalunya dalam 2 bulan kot. Aku rasalah.
  1. 4.     Pengalaman aku amik.

Masa minggu kedua masuk sem 4. Aku kena attend untuk amik speaking test. Dekat SMK Seri Teja. Lepastu dlm 2 atau 3 minggu lepastu baru kena amik Writing,Reading & Listening Test. So nak dikatakan selalunya setiap orang akan amik Speaking Test dulu depend pada angka giliran dan Tarikh korg kena amik. Untuk 3 lgi komponen tu. Dia standardized 1 Malaysia. So pada hari tersebut setiap calon seluruh negara akan amik pada waktu dan hari yang sama macam SPM tu. Dalam 1 hari je.
  1. 5.     Speaking Test

Masa tu aku siap tidur dkt rumah housemate lama lgi sebab nak gerak awal pagi gi Gopeng. Bila sampai SMK Seri Teja jumpa ramai budak UiTM Tapah. Bila dah sampai sekolah tu kitaorg kena masuk dekat bilik kuaratin. Lepastu kitaorg diasingkan ikut group. Ikut angka giliran. Aku dapat group dengan Meah kot tk silap aku. 1 Group ada 4 org. Candidate A,B,C,D. Bila dah sampai giliran kitaorg. Barulah masuk dalam bilik satu lgi untuk memulakan speaking test. Point yg aku dpt tu serius lah susah.. HAHAHHA.. Amendelah Board Games bleh bagi reduce stress? Btw Aku ni Candidate D. So mcm aku belajar slma ni. Candidate ni better plan stratergy bgai mcm mna nk support each other. Hmm nnti korg belajar lah. HAHAHA.
  1. 6.     Writing,Listening,Reading Test

Writing Test korg akn diberi soalan dan tajuk lepastu tulis lah essay bagai. Listening korang akan dapat kertas soalan kena bulat2 dan hitamkan dan ada yang kena isi jawapan. Untuk Reading Test tu mcm Comprehension lah dpt text/article pstu jwb lah soalan dn kluarkn isi dri tu. Memang masa tu .. Hahaha.. lepas satu satu.. Yelah test tu berterusan bila habis 1 test dapat rest dlm 5.. 10 minit pstu smbung blik next component.
  1. 7.     Result?

Dapat dalam 2 bulan rsanya. Aku bleh check dkt portal dia dan check melalui SMS. Alhamdullilah aku dpt Band 4. Kebanyakkan kawan aku dpt Band 4 jugk. Yg padu2 pun susah nk dpt Band 5. Byngknlah.. Btw MUET ni bukn pengukur yg tepat dlm menentukan penguasaan English Proficiency korg. So tk lama kemudian Sijil MUET aku diorg hantar ke rumah aku dkt Penang.

Untuk Panduan MUET

Sila ke website dibawah.
http://portal.mpm.edu.my/web/guest/arahan-dan-panduan-pendaftaran-calon

Sedikit Tips:

  1. Pastikan korang semak academic calendar UiTM dan Jadual MUET bagi tahun 2020 untuk memudahkan korang buat keputusan.
  2. Percayalah anda sudah bersedia untuk ambik MUET. Anda sudah belajar English sejak sekolah rendah lgi dan Sudah amik ELC dari sem 1 sampai sem 3 sudah. Percayalah anda sudah bersedia.

Comments

  1. kalau speaking kita markah teruk kalau paper lain cover still boleh dapat ke band 3 ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mostly student dapat BAND 3, even SPM saya BI dapat C, saya attend MUET, saya dapat band 3 sahaja
      ~speaking saya hebat
      ~tapi bila masuk writing and reading, markah down dan tarik banyak

      mostly student dapat band 3 untuk muet

      Delete
  2. kalau speaking kita markah teruk kalau paper lain cover still boleh dapat ke band 3 ?

    ReplyDelete
  3. Nak tnya, kalau hari pertama tak hadir takpe ke? Boleh pulak tlupa ambik muet hari ap😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak hadir hari pertama, dikira sebagai PENARIKAN DIRI
      ~penarikan diri sebab, masa attend muet, examiners akan check kehadiran kita
      ~tak datang, bermaksud, OUT of the list terus
      ~kena mohon lain terus
      ~tambah pulak musim covid, jadi korang kena isi borang macam-macam (borang persetujuan tiada kontak rapat dengan pesakit positif covid-19, check suhu badan, scan attendance, scan my sejahtera apps and so on

      Delete
  4. Hi saya terdaftar muet sebab kawan kawan saya ajak saya daftar sekali tapi diaorang pelajar asasi and saya pelajar diploma baru semester 1. Rasa okay ke nanti saya amik ujian muet.

    ReplyDelete
  5. selamat sejahtera, contohlah kan contoh, kalau seseorang dapat keputusan MUET yg tidak diingini lalu tidak berpuas hati, masih bolehkah untuk ambil MUET kali kedua?




    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehh, tapi kena ambil sesi lain or boleh ambil mod, muet on demand kalau tak nak tunggu lama

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Childhood Memories Part A

Kampung Pulau, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang